MUKAH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Mukah akan disambung esok bermula jam 8 pagi.
Penolong Pengarah Kanan Unit Cari Lamat dan Bantuan Bencana Maritim Negeri Sarawak, Leftenan Komander Maritim Nurul Elmi Ali berkata Ops Carilamat yang dilaksanakan hari ini telah dihentikan jam 5 petang.
"Radius pencarian akan menumpukan di kawasan kira-kira dua hingga tiga batu nautika dari lokasi 10 mangsa ditemukan hari ini dan semalam.
"Mangsa yang masih hilang merupakan pemancing," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan identiti mangsa.
Dalam kejadian Selasa lalu, sebuah bot pemancing bersama 11 penumpang termasuk kru dan tekong dilaporkan karam di perairan Mukah.
Maklumat awal Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC APMM) Kuching, insiden tersebut membabitkan bot dengan nombor pendaftaran SF2-2837.
Bot tersebut telah keluar pada Isnin (19 Sept) dan dilaporkan berhadapan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah, kira-kira 8.30 malam pada Selasa.
Setakat ini lapan mangsa ditemukan selamat, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia.
Shafik Ahmad
Thu Sep 22 2022
Bot dengan nombor pendaftaran SF2-2837 ini dilaporkan berdepan masalah enjin sebelum karam di kedudukan 34 batu nautika dari Barat Laut Mukah, pada kira-kira 8.30 malam Selasa lalu. - Foto MRSC APMM Sarawak.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Bot karam di Mukah: Ops Carilamat bersambung esok, kesan seorang lagi mangsa
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Mukah akan disambung esok bermula jam 8 pagi.
Bot Karam di Mukah: SAR cari mangsa hilang ditangguhkan
Ops Carilamat hari ini dihentikan pada jam 5 petang.