Bot karam berdekatan Kuala Langat, 9 masih hilang
Hakim Rahman
Jun 19, 2014 13:06 MYT
Jun 19, 2014 13:06 MYT
Satu lagi kejadian bot terbalik dilaporkan berlaku berdekatan Kuala Langat.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, bot pancung yang membawa 27 orang itu dilaporkan karam di perairan Beacon Air Gila di perairan Sepang kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Klang Utara.
Menurut Pengarah Operasi Daerah Maritin 4 Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Ya'acob 18 mangsa berjaya diselamatkan, seorang daripadanya dilaporkan parah. Manakala sembilan lagi dilaporkan masih hilang.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital berhampiran menaiki helikopter.
Berita penuh menyusul.