Bot dilanggar kapal dagang, seorang nelayan maut
Adie Sufian Zulkefli
Mei 9, 2017 22:40 MYT
Mei 9, 2017 22:40 MYT
Seorang maut, manakala sorang masih hilang dalam apabila bot mereka naiki karam selepas berlanggar dengan sebuah kapal dagang.
Insiden tersebut berlaku 35 batu nautika dari perairan Kuala Muda, Kedah, 10.30 pagi tadi
Mangsa yang maut dikenali, Somchok Sutprasert, berusia 30-an manakala adiknya Ekkachai Sutprasoet, hilang dibawa arus.
Dua mangsa Anukun Matuwet, 58 tahun, dan Phaisan Dalem, 45 tahun, berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Bot malang itu keluar dari jeti Kuala Kedah pada jam 10.30 malam Jumaat dan dijangka kembali semula ke Kuala Kedah pada Rabu.
Gerakan mencari dihentikan jam 7 malam Selasa dan akan bersambung awal pagi Rabu.