Boost Beyond Card tawar lebih banyak diskaun dan ganjaran tambahan

Astro Awani
Jun 28, 2024 09:51 MYT
Pelanggan yang berjaya memohon Kad Boost Beyond semasa tempoh kempen akan layak menerima baucar Aiskrim Inside Scoop percuma. - Foto MyBoost
KUALA LUMPUR: Kad Beyond yang baru dilancarkan oleh Boost, CelcomDigi dan Mastercard mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dari kad lain di pasaran.
Selain memberikan pengalaman premium dengan ganjaran yang menarik, kad ini direka khusus untuk memberikan kelebihan kepada pengguna dalam bentuk ganjaran tambahan, insurans perjalanan, dan akses eksklusif kepada promosi serta perkhidmatan tertentu.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Boost, Diana Boo, ini bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin mencari keistimewaan dalam penggunaan kad kredit, terutamanya dalam kalangan golongan yang menghargai nilai tambah dan kualiti perkhidmatan yang tinggi.
“Kad Beyond menawarkan pelbagai manfaat yang memberikan pengalaman premium kepada pengguna, ini termasuk ganjaran tambahan iaitu program yang memberikan mata ganjaran tambahan untuk setiap transaksi, yang boleh ditukarkan dengan pelbagai pilihan seperti produk percuma, diskaun eksklusif, atau baucar hadiah.
“Selain itu, keistimewaan yang ditawarkan adalah insurans perjalanan menyeluruh bagi pengguna kad, termasuk perlindungan untuk kemalangan perjalanan, kehilangan bagasi, dan perubatan kecemasan semasa melancong,” jelas Boo dalam satu temubual di AWANI Pagi.
Antara keistimewaan lain yang diberikan adalah peluang untuk mendapatkan akses eksklusif kepada promosi istimewa dari rangkaian rakan niaga Boost, CelcomDigi, dan Mastercard, termasuk tawaran terhad, acara istimewa, dan pengalaman pengguna yang disesuaikan.
Kesemua manfaat ini dirangka untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna yang mahu kualiti perkhidmatan dan kelebihan tambahan yang ditawarkan oleh kad ini.
Pelanggan yang berjaya memohon Kad Boost Beyond semasa tempoh kempen akan layak menerima baucar Aiskrim Inside Scoop percuma.
Menurut Boo lagi, bagi pengguna yang berminat untuk memohon Kad Beyond dan mendapatkan ganjaran perjalanan Mastercard, pengguna boleh memohon Kad Beyond melalui platform Boost, yang menyediakan butiran serta syarat-syarat permohonan.
“Permohonan kad biasanya memerlukan maklumat peribadi pengguna dan mungkin juga maklumat kewangan untuk menilai kelayakan pengguna.
“Setelah Kad Beyond diluluskan dan diterima, pengguna akan layak untuk menikmati Ganjaran Perjalanan Mastercard yang termasuk dalam pakej keistimewaan kad dan ia termasuk mata ganjaran tambahan bagi transaksi tertentu, insurans perjalanan, dan akses kepada tawaran eksklusif.
“Menarik kali ini, pelanggan yang telah berjaya memohon Kad Boost Beyond semasa tempoh kempen akan juga layak menerima baucar Aiskrim Inside Scoop percuma,” katanya.
Proses permohonan dan manfaat yang ditawarkan adalah bagi memenuhi keperluan pengguna yang mencari pengalaman kad kredit yang lebih bermakna dan menguntungkan dalam jangka masa panjang.
#boost #Kad Boost Beyond #kad kredit #Mastercard
;