Bonus setengah bulan: Cuepacs akur, ramai yang gembira

Azyyati Ahmad
Oktober 26, 2013 13:47 MYT
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman akur dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
"Walaupun pada asalnya Cuepacs telah memohon bonus lebih dari setengah bulan, namun pemberian kerajaan ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban" tambahnya lagi.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
Ikuti temubual penuh di klip video di bawah.
Sementara itu, pelbagai reaksi di laman sosial Twitter disuarakan sejurus pengumuman pemberian bonus oleh kerajaan itu.

Alhamdulillah merasa jgk bonus hasil bajet 2014

— راجا محمد اميرول (@amirul_mahadi) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BAJET 2014..bln januari 2014 bonus separuh gaji untuk penjawat awam.. Itu yg nk dengar:)

— Ida Nur Kamaruzaman (@idaAnnur) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cantik la gua dapt bonus bajet 2014

— Mohamad Nazril (@nazrilshah95) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ayah aku tgh drive tiba-ii tepuk tangan bila dgr dlm bajet 2014 penjawat awam ada dpt bonus stgh bulan. Alhamdulillah :)

— SMILE :) (@WanotGigs) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah abis dh pembentangan bajet 2014...alhamdulillah..ade bonus 1/2 gaji..

— Saidatul Wawa (@NSwawa89) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penjawat awam dapat bonus setengah bulan gaji on januari 2014... Amin!!! Syok dengar penggulungan bajet @NajibRazak xoxo

— NOORSAIRAH (@TheLURVbirds) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bajet 2014 xnk nmpk ap yg specialnye.. Seriously.. Brim pon dnaikkn kpd rm 700, bonus 1/2 bln gaji..

— Azmi JO (@azmimumtaz) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setiap kali Bajet negara dibentangkan, benda lain dah tak penting lagi dah kecuali berapa RM bonus diumumkan :D

— EhYeke (@EhYeke) October 25, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cuepacs #Datuk Omar Osman #Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
;