Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
"Walaupun pada asalnya Cuepacs telah memohon bonus lebih dari setengah bulan, namun pemberian kerajaan ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban" tambahnya lagi.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
Ikuti temubual penuh di klip video di bawah.
Sementara itu, pelbagai reaksi di laman sosial Twitter disuarakan sejurus pengumuman pemberian bonus oleh kerajaan itu.