Bonus satu bulan gaji buat penjawat awam Johor
Hakim Rahman
November 21, 2019 12:35 MYT
November 21, 2019 12:35 MYT
Penjawat awam negeri Johor akan dapat bonus satu bulan gaji atau minimum RM2,000.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata bantuan itu melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM34.78 juta yang akan memberi manfaat kepada 13,400 kakitangan awam.
“Pembangunan Johor tidak akan dicapai seperti mana yang kita nikmati hari ini tanpa komitmen, dedikasi dan pengorbanan penjawat awam.
"Justeru, bagi menghargai jasa penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan yang akan dibayar sebanyak dua kali iaitu sebelum akhir tahun 2019 dan juga sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020," kata Sahruddin.
Pengumuman itu dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan Johor 2020 yang bertemakan “Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari” pada Khamis.
Belanjawan Johor 2020 mengariskan enam teras strategik dengan peruntukan siling sebanyak RM2.137 bilion.
Bantuan kewangan khas ini juga, jelas beliau, akan turut sama dinikmati oleh semua wakil rakyat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, guru-guru kelas agama dan fardu ain, guru-guru tadika Islam Johor dan penjawat-penjawat awam lain.
#bantuan khas kewangan
#Belanjawan Johor 2020
#bonus satu bulan gaji
#minimum RM2000
#Pembangunan Johor
#Penjawat awam Johor
#peruntukan kewangan
#sahruddin jamal