Bonda Tengku Temenggong Kelantan mangkat

Bernama
Oktober 15, 2020 04:52 MYT
Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat awal hari ini kerana sakit tua pada usia 80 tahun. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Bonda Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat awal hari ini kerana sakit tua.
Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan Tengku Merjan, 80, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.18 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Bonda kepada Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz itu merupakan anakanda sulung Almarhum Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra.
Jenazah dijadual dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
Almarhum meninggalkan tiga putera dan seorang puteri, manakala suaminya Almarhum Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah meninggal dunia pada 20 Sept lepas.- BERNAMA
#Tengku Temenggong Kelantan #Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra #mangkat #sakit tua #Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz