Bomoh palsu warga China diberkas di KLIA

Sinar Harian
Mei 2, 2023 13:39 MYT
Fisol (depan) pada sidang media sindiket penipuan bomoh yang berjaya ditumpaskan bersama rampasan barang berharga serta wang tunai China Yuan. -Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Empat wanita warga China dan seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan bomoh di sekitar negeri ini pada Khamis lalu.
Tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika ahli sindiket terbabit cuba melarikan diri ke China.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, sindiket yang aktif melakukan aktiviti penipuan itu sejak Januari tahun ini menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas yang pergi ke pasar awam untuk membeli barangan keperluan harian.
Menurutnya, bomoh palsu itu memperdayakan mangsa dalam urusan penjualan ubat dan ritual yang kononnya boleh mengubati penyakit secara bersemuka selain menggunakan helah untuk melarikan barangan berharga milik mangsa. -Sinar Harian
#bomoh palsu #Empat wanita warga China #sindiket penipuan bomoh #warga emas pergi ke pasar awam
;