Bomba sukarela selamatkan lelaki terjatuh sungai

Abd Razak Mohd Ali
Mac 27, 2022 20:35 MYT
Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kerunai berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh di dalam sungai di kampung itu malam tadi. - Foto ihsan JBPM
GERIK: Anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kerunai berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh di dalam sungai di kampung itu malam tadi.
Mangsa yang berusia 41 tahun terjatuh ke dalam sungai kerana dipercayai berada dalam keadaan kemurungan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.55 malam.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki yang dikhuatiri lemas, telah dijumpai oleh PBS Kampung Kerunai serta orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, mangsa telah dijumpai kita-kira 50 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.
Katanya, anggota bomba membuat rawatan awal dan mendapati mangsa dalam keadaan lemah.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Gerik untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nizam Zakaria tamat jam 9.29 malam.
#Bomba sukarela #terjatuh sungai #Kampung Kerunai #Kemurungan