Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta

Afiezy Azaman
April 4, 2023 03:10 MYT
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menghadapi detik cemas apabila terperangkap selama 20 minit di dalam sebuah kereta di Jalan Cheras Lama Kg Sungai Raya, ibu negara, awal pagi Selasa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.38 pagi berhubung kejadian yang dipercayai akibat 'autolock'.
"Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kanak-kanak itu terkunci dari dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi selama 20 minit.
"Susulan itu, anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya," katannya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Morni berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya.
#terperangkap #kereta #Morni Mamat #autolock