Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Bernama
November 28, 2024 15:32 MYT
November 28, 2024 15:32 MYT
KUANTAN: Bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di kawasan balak di Seri Makmur, Maran selepas lokasi berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat semalam.
Ringkasan AI
- Bomba berjaya menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di kawasan balak yang dinaiki air akibat hujan lebat.
- Operasi melibatkan lapan anggota bomba yang menggunakan bot fiber untuk menyelamatkan mangsa dari arus deras.
- Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan bahaya dalam operasi yang mengambil masa hampir dua jam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan pekerja menanam pokok balak berusia lingkungan 32 hingga 48 tahun itu pada pukul 11.52 malam.
Beliau berkata lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan, dan mendapati arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.
"Bomba menggunakan bot fiber untuk menyelamatkan mereka, kerana kawasan itu telah dinaiki air lebih satu meter," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka kemudiannya berjaya dibawa keluar dari kawasan bahaya dalam operasi hampir dua jam.
-- BERNAMA