Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir
Muhafandi Muhamad
November 29, 2017 17:09 MYT
November 29, 2017 17:09 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menetapkan tempoh sepuluh minit untuk membawa keluar mangsa banjir selepas menerima panggilan kecemasan.
Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Soiman Jahid, pihaknya bersiap sedia menempatkan anggota dan aset seperti bot dan lori di kawasan berisiko banjir, bagi mempercepatkan tempoh respons kepada mangsa banjir.
“Walaupun tidak terima panggilan sebenarnya kita sudah tahu kawasan mana yang akan dilanda banjir, jadi pihak kami sudah tempatkan anggota dan bot di kawasan yang dikenal pasti.
“Tapi pada masa sama kami sasarkan untuk sampai ke tempat kejadian 10 minit selepas terima panggilan kecemasan dari pusat gerakkan operasi negeri.
Beliau juga memberi jaminan pihaknya mempunyai keanggotaan dan aset mencukupi bagi membantu memindahkan semua mangsa banjir.
Ia termasuk bantuan dari negeri lain, sekiranya banjir bertambah buruk.
Soiman turut menjelaskan, berdasarkan pengalaman banjir besar pada 2014, pihaknya juga terlebih dahulu menempatkan keanggotaan dan aset yang lebih di kawasan Kuala Krai dan Dabong.
#10 minit
#alert
#bahaya
#banjir
#bomba
#bot
#Dabong
#Datuk Soiman Jahid
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kecemasan
#Kelantan
#Kuala Krai
#lemas
#mangsa
#mangsa banjir
#mati lemas
#maut
#operasi