Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah

Aida Aziz
Mac 29, 2024 09:30 MYT
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Perak
IPOH: Bantuan anggota bomba diperlukan bagi memujuk seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bertindak berbaring di atas bumbung sebuah rumah di Persiaran Taman Meru, Meru Raya di sini hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran lelaki berusia sekitar 40-an itu di situ pada 1.40 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya tiba di lokasi dan mendapati seorang lelaki dipercayai kurang siuman sedang berbaring di bumbung sebuah rumah teres satu tingkat.
"Komander operasi membuat 'size-up' dan membantu pihak polis memujuk mangsa berkenaan turun ke bawah.
"Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Operasi yang diketuai PBK II Mohammad Norshazwan Mohd Puzi itu selesai jam 2.18 pagi.
#lelaki kurang siuman #baring atas bumbung #JBPM #Persiaran Taman Meru
;