IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menempatkan anggota dan jentera di empat plaza tol di negeri ini sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini.
Pengarah JBPM negeri, Sayani Saidon berkata empat plaza tol berkenaan adalah di Plaza Tol Tapah, Kuala Kangsar dan Kamunting di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) serta Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi tujuan bersiap siaga sekiranya berlaku sebarang kecemasan di lebuh raya.
"Selain, anggota dan jentera dari balai berhampiran, turut ditempatkan Unit Bermotor Bomba supaya jika ada panggilan kecemasan, anggota dapat bergerak ke lokasi dan beri respons lebih cepat lagi terutama dalam keadaan laluan sesak sewaktu musim perayaan," katanya selepas majlis pelancaran Kempen Menghapus Bahaya Kebakaran sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di sebuah pusat beli belah di Klebang, dekat sini, pada Isnin.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.
Terdahulu, Sayani dalam ucapannya berkata sebanyak 66 kes kebakaran direkodkan dengan lapan daripadanya melibatkan bangunan sepanjang Ops Tahun Baharu Cina 2023.
Katanya, dalam aspek penguatkuasaan pula, JBPM Perak telah membuat pemeriksaan bagi tujuan menghapus bahaya kebakaran ke atas 1,862 pelbagai premis seluruh negeri sepanjang tahun lalu.
"Bagi tujuan pengeluaran sijil perakuan bomba, sebanyak 328 premis ditetapkan telah didaftarkan dengan 225 daripadanya berjaya dikeluarkan sijil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
JBPM Perak menempatkan anggota dan jentera di empat plaza tol di negeri ini sepanjang tempoh cuti perayaan Tahun Baharu Cina, tahun ini. - Gambar hiasan/PLUS
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Latihan keselamatan khas di kuil, tokong, gua tumpuan - Bomba Perak
Latihan keselamatan khas akan dilaksanakan di beberapa tokong, kuil dan gua di negeri ini yang menjadi tumpuan pelancong.
Mayat warga emas terjatuh Sungai Kerian ditemui
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Chew Sin, 65 tahun, ditemui kira-kira 200 meter dari tempat dia terjatuh.