Bomba pecah pintu, temukan mayat warga emas

Bernama
Disember 14, 2023 09:15 MYT
Mayat Ong Liang Soon dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalamnya di Flat Lumba Kuda, Air Itam di sini.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pulau Pinang sebaik sahaja pintu itu berjaya dibuka, Ong Liang Soon, 73, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Pihak bomba menerima panggilan bagi membantu membuka pintu rumah lelaki itu oleh pihak polis kira-kira pukul 1.25 tengah hari sebelum menemukan lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
#pecah pintu flat #Bomba Pulau Pinang #warga emas #meninggal dunia