PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi tumpuan terhadap lebih 400 titik panas atau hotspot kebakaran di seluruh negara, susulan musim kemarau yang dijangka berlaku bermula bulan depan.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohamad berkata lokasi berkenaan ialah kawasan gambut, tapak pelupusan sampah haram dan tapak pelupusan yang dimiliki dan dioperasi oleh pihak berkuasa tempatan.
"Lokasi yang paling dirisaukan kebakaran ialah kawasan gambut terutamanya di Selangor, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak, jadi kita akan beri tumpuan kepada lokasi-lokasi hotspot yang telah dikenal pasti," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan di Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca kering pada tahun ini turut dijangka lebih teruk berbanding tiga tahun sebelum ini.
Susulan itu, beliau meminta orang ramai supaya membuat laporan segera kepada JBPM sekiranya mengetahui sebarang maklumat berhubung pihak tidak bertanggungjawab yang memulakan kebakaran.
"Kita buat pemantauan melalui sistem juga tetapi pengesanan yang paling penting dan efektif ialah mata manusia ... orang ramai boleh melihat, boleh beri maklumat lokasi dan keadaan kebakaran dengan tepat untuk membolehkan kita bertindak dengan lebih baik," katanya.
Sementara itu, dalam perutusan pertamanya selepas menerajui jabatan berkenaan sejak 9 Jan lepas, Nor Hisham berkata JBPM menyasarkan penubuhan 300 Pasukan Bomba Komuniti (PBK) dan tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) baharu tahun ini.
Selain itu, katanya JBPM akan terus menggerakkan inisiatif digitalisasi dengan lebih agresif melalui pelaksanaan dua projek berimpak tinggi pada tahun ini yang melibatkan pemodenan pusat kawalan Command, Control Communications, Computers and Intelligence (C4iFRDM) dan sistem bersepadu ePREMIS.
Menurut beliau, pelaksanaan sistem ePREMIS yang mengintegrasikan semua fungsi perkhidmatan teras di Bahagian Keselamatan Kebakaran memudahkan akses kepada perkhidmatan antaranya permohonan Perakuan Pepasangan Keselamatan Kebakaran, Perakuan Keselamatan Kebakaran, Perakuan Pelesenan Penggunaan Premis dan Perakuan Bomba.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

Nor Hisham (tiga, kiri) pada Majlis Perbarisan Tahunan di Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya hari ini. - Gambar/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Empat maut dalam tiga kemalangan berasingan di Sarawak dalam tempoh 8 jam
Empat individu termasuk dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan di tiga lokasi berbeza di Sarawak.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.

Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.