Bomba lancar operasi mencari lelaki terjun sungai

Bernama
Mei 26, 2018 12:29 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Norrahim Hipni, 20-an, dikatakan terjun ke sungai itu secara tiba-tiba dari Pangkalan Haji Mahyan. - Gambar hiasan
Pasukan bomba dan penyelamat Lundu melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke Sungai Batang Kayan di sini awal hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima laporan kejadian pada 2.37 pagi.
Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Norrahim Hipni, 20-an, dikatakan terjun ke sungai itu secara tiba-tiba dari Pangkalan Haji Mahyan.
Buat masa ini pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai polis dan penduduk kampung, sedang mengesan mangsa di permukaan air, katanya ketika dihubungi. -- Bernama
#Bomba Sarawak #Lundu #Sungai Batang Kayan #terjun sungai
;