BANDAR PERMAISURI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengenal pasti 21 pusat peranginan dan perkelahan di seluruh negeri yang berisiko dilanda fenomena kepala air.
Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata antara lokasi terbabit ialah Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belantan, Kolam Air Panas (La Hot Spring) dan Lata Kolam Air Deru Ecopark di Besut.
"Di Setiu pula, lokasi yang dikenal pasti ialah Lata Ulu Kekabu, Lata Chakah dan Lata Payung manakala di Hulu Terengganu pula Air Terjun Sekayu, Air Terjun Juwita, Air Terjun Soak, Air Terjun Lasir dan Air Terjun Belukar Bukit.
"Selain itu, kita juga kenal pasti kawasan di Dungun yang berisiko iaitu Sungai Loh, Sungai Kelemin, Air Terjun Langsir, Air Terjun Chemerong dan Air Terjun Lubuk Kain. Di Kemaman pula ialah Hutan Lipur Menderu, Air Terjun Jeram Tanduk, Sungai Air Puteh dan Sungai Cherul," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Lata Ulu Kasar, Sungai Tong yang dilanda fenomena kepala air pada Jumaat lepas.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengunjung ke kawasan rekreasi air supaya peka terhadap empat petanda awal fenomena tersebut iaitu bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh, air menjadi berbuih serta membawa sampah dan peningkatan paras air secara mendadak.
Md Hilman berkata jika pengunjung dapat mengenal pasti satu daripada petanda awal itu, mereka akan sempat menyelamatkan diri sekiranya fenomena kepala air berlaku.
Beliau juga berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi berisiko diseru supaya meletakkan papan tanda mengenai bahaya kepala air dan petanda awal fenomena itu.
"Tetapi kita pun tidak boleh harapkan PBT atau pihak berkuasa semata-mata untuk sentiasa mengingatkan orang ramai... Orang ramai perlu jaga diri sendiri dan berada dalam keadaan peka setiap masa. Kalau tengok kejadian pada Jumaat lepas, ada pengunjung meletakkan kenderaan di atas laluan air, jadi sudah tentu mereka tidak akan sempat menyelamatkan kenderaan padahal PBT telah menyediakan parkir di kawasan yang lebih selamat," katanya.
Jumaat lepas, seramai 32 individu termasuk 13 kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kasar.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Afandi Hussin berkata insiden pada kira-kira 5.30 petang itu menyaksikan fenomena kepala air melanda tempat orang ramai beriadah, mandi-manda dan berkhemah sehingga menyebabkan enam kereta turut terperangkap.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Terengganu, Md Hilman Abd Rashid (tiga, kanan) meninjau lokasi kejadian kepala air pada dua hari lepas di Lata Ulu Kasar. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Lagi pusat tahfiz terbakar
Sebelas orang pelajar perempuan dan seorang guru berjaya menyelamatkan diri apabila asrama Pusat Tahfiz Hafizatul Quran di Chukai, Kemaman, terbakar malam tadi.