Bomba Kemaman, Dungun semarakkan bulan kemerdekaan

Nur Fazlizai Ali
Ogos 20, 2021 10:04 MYT
Seramai 261 orang anggota bomba di dua daerah tersebut turut meluangkan masa bergotong-royong menghias balai bomba dengan Jalur Gemilang. - Astro AWANI
KEMAMAN: Meskipun bergelut dengan pelbagai kes kecemasan namun ia tidak menghalang anggota serta pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kemaman dan Dungun menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Bermula awal Ogos lalu, sebanyak 400 Jalur Gemilang telah dikibarkan di lapan buah balai dan jentera bomba di dua daerah berkenaan.
Ketua Zon 2 JBPM Terengganu, Azman Alias berkata walaupun terlibat dengan pengurusan sanitasi lokasi dan pengebumian mangsa jenazah COVID-19, mereka tetap menunjukkan semangat patriotisme.
Katanya seramai 261 orang anggota bomba di dua daerah tersebut turut meluangkan masa bergotong-royong menghias balai bomba dengan Jalur Gemilang.
Ini sebagai tanda soladiriti mereka kepada negara dan semua petugas barisan hadapan yang kini sedang bertungkus-lumus dalam memerangai wabak COVID-19.
"Kita sentiasa menanamkan semangat kemerdekaan dalam kalangan setiap anggota bomba dan jabatan khasnya bagi menyokong apa sahaja tindakan dan arahan untuk memastikan kemerdekaan negara kita didukung sentiasa oleh setiap anggota kami," katanya.
Menurut Azman, negara kini lebih setahun dicengkam dengan penjajahan pandemik COVID-19 dan ribuan nyawa sudah terkorban.
Katanya situasi yang melamnda itu tidak mengugat semangat mereka untuk bekerja dengan lebih keras disamping memerangi pandemik COVID-19.
#bulan Kemerdekaan #bomba #Jalur Gemilang #Merdeka #pariotisme #JBPM #Dungun #Kemaman
;