Bomba gerakkan operasi mencari lelaki terjun jambatan di Temerloh

Mohd Zalani Md Atan
Mei 8, 2022 15:01 MYT
Pencarian dilakukan di tebing sungai sepanjang Sungai Semantan. - Foto JBPM
TEMERLOH: Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Pahang digerakkan bagi mencari seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki terjun dari jambatan Kampung Raja Temerloh, di sini pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 24 anggota daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam dilancarkan sejak jam 11.07 pagi Ahad.
Menurut komandan operasi, Hairysam Mat Tahar dari balai bomba Mentakab, setakat ini pencarian dilakukan di tebing sungai sepanjang Sungai Semantan.
Hairysam berkata, pihaknya menerima laporan seorang pemuda yang dipercayai mempunyai masalah gangguan mental telah terjun jambatan pada jam 11.00 pagi dan setelah tiba di jambatan mendapati sebuah motosikal ditinggalkan di lokasi kejadian.
Operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui namun, operasi akan diteruskan.
#terjun jambatan #temerloh #JBPM #operasi mencari dan menyelamat
;