Bomba cari wanita dipercayai hanyut
Sinar Harian
Mac 29, 2022 07:30 MYT
Mac 29, 2022 07:30 MYT
CAMERON HIGHLANDS: Seorang wanita dipercayai dibawa arus deras akibat banjir kilat dekat Kampung Sungai Ubi di sini pada Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Pahang Zulfadli Zakaria memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dianggarkan berusia 60 tahun sedang giat dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.50 petang.
"Seramai lima anggota BBP Cameron Highlands bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
"Hujan yang sangat lebat sewaktu kejadian kira-kira sejam menyebabkan banjir kilat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
*Berita asal di Sinar Harian