Bomba bantu keluarkan mata kail tercucuk di tangan kanak-kanak 4 tahun
Vivi Sumanti
Mei 19, 2019 21:02 MYT
Mei 19, 2019 21:02 MYT
Khidmat bomba terpaksa digunakan untuk membantu mengeluarkan mata kail yang tercucuk di tapak tangan kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Ketua Operasi, Penguasa Bomba (PB) Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari.
Menurutnya, empat anggota kemudian bergegas ke Hospital Tumpat bagi melakukan khidmat khas mengeluarkan mata kail yang tercucuk pada tapak tangan kiri mangsa dengan menggunakan dua alat pemotong.
"Pihak kami mengambil masa selama 15 minit untuk mengeluarkan mata kail itu bagi memudahkan pihak hospital merawat mangsa.
"Mangsa seterusnya perlu dibuat pembedahan oleh pihak hospital untuk menggeluarkan baki mata kail yang masih tertanam di tangan kirinya itu," katanya lagi.