Bomba bantu hospital pindahkan pesakit obesiti berat 300kg
Adie Sufian Zulkefli
Jun 17, 2021 11:32 MYT
Jun 17, 2021 11:32 MYT
ALOR SETAR: Hospital Jitra terpaksa meminta bantuan pihak bomba bagi membantu memindahkan seorang pesakit yang mengalami obesiti dengan berat badan mencecah 300 kilogram malam tadi.
Khidmat ehsan bomba digerakkan ke hospital itu sebaik menerima panggilan jam 9.52 malam, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
“Sebaik sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra tiba mereka terus membantu mengangkat dan memindahkan wanita berusia 42 tahun itu dengan menaiki sebuah lori Isuzu.
"Turut mengiringi pesakit berkenaan adalah petugas Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
"Operasi pemindahan selesai pada jam 11.14 malam dan pesakit selamat dimasukkan ke dalam wad untuk terima rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
#Alor Setar
#bomba
#obesiti
#Hospital Jitra
#gemuk
#Lori
#Hospital Sultanah Bahiyah
#pemindahan
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
#wad
#rawatan
#Jitra