Bomba bantu bawa turun pesakit seberat 180 kilogram

Bernama
Mac 18, 2016 23:09 MYT
Operasi menyelamat yang berakhir kira-kira 4.50 petang itu melibatkan enam anggota bomba dari balai bomba berkenaan. - Foto Ihsan Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu menurunkan seorang pesakit lelaki yang mempunyai berat badan 180 kilogram dari rumahnya di tingkat tiga sebuah apartment di Serendah, dekat sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata Muhd Khairul Hidayat Taslim, 26, yang menghidapi masalah di bahagian pinggang dibawa turun menggunakan pengusung dan beberapa peralatan menyelamat lain kira-kira 4.30 petang.
“Pesakit tidak mampu berdiri kerana penyakit yang dihidapinya dan laluan yang sempit menyebabkan anggota terlibat mengambil inisiatif mengangkatnya ke bawah untuk dibawa ke dalam ambulans,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kamil berkata pesakit kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi rawatan lanjut.
Operasi menyelamat yang berakhir kira-kira 4.50 petang itu melibatkan enam anggota bomba dari balai bomba berkenaan.

18/3/16: TURUNKN PESAKIT 180kg ALAMI SKT PINGGANG & TDK BLH BDIRI DI APRTMNT TASIK KIAMBANG SERENDAH 4.30 ptg #BOMBA pic.twitter.com/sFB8jUvbdy

— BOMBA (@bombaJBPM) March 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bomba #Hospital Kuala Kubu Bharu #Jabatan Bomba dan Penyelamat
;