Bom lama jenis mortar dimusnahkan di Tampin

Bernama
September 9, 2024 21:22 MYT
Amiruddien berkata pemusnahan bom tersebut dilakukan oleh UPB IPK Negeri Sembilan dan Unit Pemusnah Bom IPD Tampin selepas menerima laporan penemuan bom berkenaan pada 8.42 pagi tadi. - Gambar IPK Tampin
SEREMBAN: Polis menjalankan tindakan pemusnahan sebutir bom lama atau unexploded ordnance (UXO) jenis mortar yang ditemui orang awam di kebun kelapa sawit di Jalan Batu Belang, Tampin pada 11.51 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pemusnahan bom tersebut dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Unit Pemusnah Bom IPD Tampin selepas menerima laporan penemuan bom berkenaan pada 8.42 pagi tadi.
"Sepasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati objek tersebut adalah bom jenis mortar lalu memasang tali rintangan polis sebagai kawasan larangan.
"Siasatan awal mendapati UXO itu adalah daripada jenis mortar 81mm dengan panjang berukuran 36 sentimeter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kerja memusnahkan bom itu dilakukan tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan harta benda di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
#bom lama #orang awam #tali rintangan #harta benda
;