Bom ikan makan tuan: Pemuda koma, pergelangan tangan berkecai
Vivi Sumanti
Mac 3, 2018 18:20 MYT
Mac 3, 2018 18:20 MYT
Seorang pemuda cedera parah dengan tangan kirinya hancur berkecai selepas 'bom ikan' buatannya sendiri meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian yang berlaku di kampung Chengal Bedil, Kuala Balah di sini petang semalam, ia turut mengakibatkan pergelangan tangan kanannya hancur, cedera tulang rahang dan di beberapa bahagian badan.
Mangsa yang dikenali sebagai, Mohd Fadil Abdullah, 27 tahun, kini koma dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, Kota Bharu.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang mangsa dikatakan ke sungai untuk mengebom ikan.
Mangsa kemudiannya melemparkan bom berkenaan ke dalam sungai namun tidak meletup menyebabkan mangsa mendekati bom yang dilempar itu sebelum ianya tiba-tiba meletup.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan yang dihubungi hari ini mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan memaklumkan tiada laporan polis di buat.
Namun memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Bahan Letupan 1957.
#bom
#bom ikan
#cedera
#Kelantan
#Kota Bharu
#letupan
#mangsa
#polis
#siasatan
#tangan hancur
#tangan putus