Persoalan mengenai adakah parti komponen Pakatan Harapan dibenarkan untuk menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dijawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata buat masa ini beliau belum bersedia untuk mengulas perkara itu dan hanya akan menjawab bila sampai waktunya.
"Saya minta maaf sebab tiada pengesahan (tentang penggunaan logo PKR oleh Pakatan).
"Hari ini (ahli politik) cakap lain, esok cakap lain. Nanti saya akan jawab," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Namun, beliau mengakui bahawa penggunaan logo dalam proses pilihan raya memang perlu mendapat persetujuan daripada pihak SPR.
Semalam, Pakatan mengesahkan keempat-empat parti dalam gabungan itu - PKR, DAP, PPBM, Amanah - akan menggunakan logo PKR dalam PRU14.
Selain itu, beliau turut ditanya tentang bidang kuasa SPR dalam mengambil tindakan terhadap parti yang telah memasang bendera di beberapa kawasan walaupun tempoh kempen belum bermula.
Hashim menjawab bahawa tindakan hanya boleh diambil pihaknya selepas sesi penamaan calon.
"Selepas itu baru kita boleh lihat, jika ada parti yang tidak bertanding di situ tetapi masih meletakkan bendera, baru boleh diambil tindakan," katanya.
Hafiz Marzukhi
Sat Apr 07 2018

Tindakan terhadap parti yang telah memasang bendera sebelum tempoh kempen belum bermula hanya boleh diambil SPR selepas sesi penamaan calon. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi
Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema serta logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.

PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu
Majlis Presiden PH berkata perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat bulanan mereka pada Rabu.

PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim
Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN
Pas tidak berniat untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat cadangan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU15.

PRN Johor: Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi
Isu penggunaan logo parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diselesaikan secara baik dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

PRN Johor: Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan
Keputusan PH membenarkan PKR menggunakan logo sendiri manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH pada PRN Johor memberi gambaran seolah-olah wujudnya keretakan.

PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak
MSU melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara "mutaghyyirat" (boleh berubah) dan bukannya perkara "thawabit" (yang tetap).

Parti pembangkang di Sabah, Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU15 - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, parti-parti terbabit boleh berbuat demikian tanpa menggunakan logo rasmi PH.