Bolehkah jatuh hukum tanpa beri peluang bela diri? - Noh Omar

Wan Syamsul Amly
Mac 19, 2019 13:56 MYT
Noh Omar pertikai keputusa hukuman dijatuhkan kepadanya tanpa peluang membela diri. -Gambar fail
Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang dilarang memasuki Dewan Rakyat bagi menyertai sesi perbahasan selama tiga hari mempertikaikan keputusan berkenaan dengan alasan hukuman dijatuhkan tanpa peluang bela diri.
Jelasnya, hukuman tidak boleh dijatuhkan tanpa kehadirannya di dalam Dewan Rakyat.
BACA: Noh Omar dilarang masuk Dewan Rakyat tiga hari
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian mengarahkan bentara untuk membawa keluar Noh dari Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Noh enggan dan pembangkang merujuk kepada insiden Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebelum ini yang tidak keluar Dewan Rakyat walaupun sudah dijatuhkan hukuman keluar.
Pada Isnin, Noh dilihat melemparkan tuduhan terhadap Nga Kor Ming bahawa beliau tidak layak menjawat jawatan berkenaan.
Ia berhubung kenyataan yang mengaitkan kerjasama Pas dan UMNO dengan Taliban.
#Dewan Rakyat #Mohd Rashid Hasnon #Nga Kor Ming #Noh Omar #Tanjong Karang
;