Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam

Dewi Nur Harasha Alias
Januari 30, 2023 22:19 MYT
Kejadian berlaku jam 12.55 tengah hari ketika tongkang itu sedang menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang. - Gambar/ Media sosial
GEORGE TOWN: Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda berhampiran Seberang Perai Utara, hari ini.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, berkata kejadian berlaku jam 12.55 tengah hari ketika tongkang itu sedang menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang.
Bagaimanapun kejadian membabitkan tongkang dari Kantang, Thailand itu, tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa kru kapal.
"Namun bot tunda segera dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan tongkang itu selamat ditunda ke pelabuhan manakala semua lapan kru tongkang tersebut selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya jurucakap itu ketika dihubungi.
Kesemua kontena yang dibawa tongkang itu juga dapat diselamatkan.
Terdahulu tular rakaman video kejadian sebuah tongkang membawa sejumlah kontena yang hampir karam di kawasan perairan Pulau Pinang.
#tongkang #karam #pulau pinang #kontena
;