BNM tidak pilih inidvidu secara rawak untuk uji aplikasi, sistem
Bernama
April 14, 2020 17:26 MYT
April 14, 2020 17:26 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata ia tidak akan memilih individu secara rawak untuk menguji aplikasi mudah alih atau sistemnya.
Dalam Twitter rasminya, BNM berkata ia tidak akan meminta maklumat peribadi menerusi platform dalam talian, panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp.
"Apabila anda diminta memberikan maklumat peribadi, termasuk butiran perbankan dan kata laluan/PIN/nombor TAC--ia adalah penipuan," kata bank pusat.
-- BERNAMA