BNM sahkan Kabinet terima peletakan jawatan Muhammad Ibrahim

Bernama
Jun 6, 2018 10:31 MYT
Kabinet hari ini telah menerima tawaran Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan. - Bernama
Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan yang Kabinet hari ini telah menerima tawaran Tan Sri Muhammad Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai gabenor bank tersebut.
Dalam satu kenyataan, Bank Pusat itu berkata, pengumuman mengenai gabenor baharu akan dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
BNM berkata, ia akan memastikan peralihan bagi penyerahan tugas kepada gabenor baharu berjalan dengan lancar.
Menurutnya, Muhammad juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas penghormatan dan peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
#bank #Bank Negara #Bank Negara Malaysia #Gabenor #kabinet #kerajaan #Malaysia #muhammad ibrahim #rakyat Malaysia #Yang di-Pertuan Agong