BNM ingatkan orang ramai mengenai platform mata wang kripto
Bernama
Mac 12, 2018 22:21 MYT
Mac 12, 2018 22:21 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf Coinzer, satu platform mata wang kripto.
"Penggunaan logo BNM dan Jata Negara ke atas reka bentuk duit syiling, kertas putih dan laman web https://www.coinzer.co yang dicadangkan adalah tidak sah," kata bank pusat itu di laman webnya.
BNM menasihati orang ramai untuk berhati-hati dalam menilai risiko yang berkaitan dengan pelaburan dalam mata wang digital.
"Mata wang digital tidak sah di Malaysia.
"Oleh itu, mata wang digital tidak dilindungi pengaturan atau standard pengendalian pasaran berhemat yang terpakai kepada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM," katanya.
-- BERNAMA