BN sokong Belanjawan 2021, lanjutan moratorium dan cadangan pengeluaran wang KWSP
Fareez Azman
November 4, 2020 20:27 MYT
November 4, 2020 20:27 MYT
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi terhadap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kerajaan pada 6 November ini.
Demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan pada Rabu.
"Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3 November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021.
"Begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan," jelasnya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun jelas Ahmad Zahid, Ahli Parlimen BN juga bersetuju supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan dua perkara dalam Belanjawan 2021 itu.
"Melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.
"Meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu," katanya lagi.
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#KWSP
#EPF
#Perdana Menteri
#Belanjawan 2021
#lanjutan moratorium
#Pengeluaran akaun 1 KWSP
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja