BN Larut yakin menang kerusi PRU14

Nazialita Geynna Maharan
April 28, 2018 10:14 MYT
Calon BN Larut yakin dengan kesemua calon termasuk di Dun Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. - Astro AWANI
Barisan Nasional (BN) Larut yakin dengan peluang memenangi kerusi Parlimen Larut dan juga kerusi DUN di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Calon Barisan Nasional (BN) Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau yakin kebolehan calon-calon BN bukan hanya di Parlimen Larut. tetapi juga di tiga DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.
"Saya bertambah yakin apabila melihat sokongan penyokong parti pembangkang kepada calon parti tidak begitu hebat seperti dahulu sudah nampak mereka berpecah daripada Pakatan Harapan, contohnya calon yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Walaupun nama calon PKR itu turut disebut, tetapi saya melihat sorakan penyokong pembangkang kurang. Ini terbukti penyokong (BN) Larut semua bersatu bersemangat ini membuktikan bahawa BN diterima oleh rakyat,"
katanya ditemui selepas penamaan calon di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama, di sini hari ini.
Hamzah berkata, terbukti gambaran sebenar apabila bercakap benar dapat meraih kepercayaan dan diterima rakyat.
"Begitu juga dalam perjuangan ini kita haruslah benar-benar bercakap demi perjuangan rakyat," katanya.
#Barisan Nasional #calon #Hamzah Zainudin #Malaysia Memilih #Pakatan Harapan #Parlimen #pilihan raya #PKR #PRU14