BN kekal kerusi DUN Balingian

Astro Awani
Mac 29, 2014 12:45 MYT
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, selepas calonnya, Yussibnosh Balo berjaya memperoleh 8,194 undi menewaskan calon daripada daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Jalil Bujang yang memperoleh 1,283 undi.
Yussibnosh berjaya memperoleh majoriti 6,911 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima 6,210 undi manakala calon PKR, Suriati Abdullah (871) dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin (1,056).
#Balingian #PRK #Sarawak