BN dibenar cabar keputusan pilihanraya DUN Klias

T K Letchumy Tamboo
Ogos 6, 2013 06:37 MYT
Datuk Lajim Ukin
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen pilihanraya untuk mencabar keputusan pilihanraya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.
Petisyen ini dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi semasa pilihan raya umum pada 5 Mei.
Kerusi ini disandang oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin yang menang di Klias pada PRU-13 dengan majoriti 342.
Ini adalah kali pertama satu petisyen pilihanraya dibenarkan selepas pilihanraya umum itu.
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menunggu proses kehakiman selesai sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan kerusi DUN Klias.
Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana responden iaitu Datuk Lajim Ukin berhak membuat rayuan di mahkamah keputusan.
Abdul Aziz menjangkakan selewat-lewatnya tempoh masa setahun sebelum pilihanraya kecil DUN Klias boleh diadakan.
Ia selepas mengambil kira tempoh perbicaraan petisyen yang dibenarkan selama enam bulan ditambah tempoh masa rayuan di Mahkamah Persekutuan enam bulan.
“Urusan ini adalah urusan mahkamah. SPR tidak boleh sama sekali campur tangan urusan mahkamah dalam menyelesaikan urusan petisyen ini. Tempoh masa setahun diberikan sehinggalah kepada mahkamah paling tinggi. Maknanya sekiranya petieysn DUN Klias ini berjaya, pihak responden boleh buat rayuan kepada mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah Persekutan,” katanya kepada Astro Awani.
#Lajim Ukin #lias #petisyen