BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah

Hakim Rahman
Januari 11, 2014 12:46 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah berkata Barisan Nasional akan berdepan dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperkenalkan semula.
“Kalau BN nak kalah PRU-14, wujudkanlah semula ISA” katanya melalui Twitter.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pautan laporan portal berita yang memetik kenyataan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, mendesak agar ISA dikembalikan bagi mengekang penghinaan terhadap Islam.
Kata Saifuddin, desakan itu mengambarkan pemikiran yang terkepung.

@mkini_bm tak setuju. Ini contoh siege mentality.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@iammtao @mkini_bm klu BN nak kalah pru14, wujudkanlah smula ISA.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut menyifatkan pendapat kumpulan tertentu yang lantang bersuara sebagai hak mereka namun ia perlu ditenggelamkan dengan kesederhanaan.

@BitMS @mkini_bm kita X perlu ISA. Pelampau, klu bersuara, itu hakny, moderates perlu tenggelamkanny.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) January 11, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun Saifuddin gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenyataannya itu.
Polemik mengenai ISA kembali timbul selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan cadangan ISA harus dikembalikan semula demi menjamin ketenteraman negara.
Cadangan itu turut disokong oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.
Menurutnya, undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012 mencukupi namun beliau menyokong mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis menjadikan negara lebih selamat.
Akta tahanan tanpa bicara, ISA dimansuhkan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia.
Ia digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma yang diwartakan pada 2012 sebagai sebahagian daripada program transformasi yang dilaungkan Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksinya kepada cadangan itu berkata adalah mustahil untuk kerajaan memperkenalkan semula ISA sebaliknya kerajaan sedia untuk menambahbaik undang-undang sedia ada demi kesejahteraan rakyat.
#Ahmad Zahid Hamidi #Barisan Nasional #BN #Dr. Mahathir Mohamad #ISA #Khalid Abu Bakar #Nik Abdul Aziz Nik Mat #PDRM #PRU-14 #Saifuddin Abdullah #SOSMA