BN berdepan pembangkang diketuai Tun M - Mahdzir

Sharom Abu Bakar
Mac 5, 2016 18:57 MYT
Mahdzir berkata perkara itu juga bertentangan dengan prinsip kesetiaan, hormat menghormati dan kesepaduan dalam UMNO. - Foto Fail
Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri adalah tidak wajar serta mengabaikan kepentingan rakyat di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu juga bertentangan dengan prinsip kesetiaan, hormat menghormati dan kesepaduan yang wujud dalam UMNO sejak dulu lagi.
Menurut Mahdzir, ia juga adalah satu cabaran politik yang perlu dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan Dr Mahathir bekerjasama dengan pembangkang.
"Kalau itulah gerakannya maka kita akan berhadapan dengan pilihan raya daripada kumpulan Pakatan Harapan yang termasuk didalamnya adalah Dr Mahathir.
"Walaupun Dr Mahathir menyebut bahawa dia tidak menyertai mana-mana parti politik tapi telah pergi ke pejabat PKR dan Tun (Mahathir) telah berada sebaris dengan pemimpin PKR dan DAP," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah di Kuala Terengganu.
BACA: PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
BACA: Azmin akui 'gerakan undur Najib' berdepan cabaran
BACA: Tun Mahathir berkawan semula dengan pihak yang gelarkannya 'Firaun' - Hishammuddin
BACA: Tindakan Tun Mahathir tandatangan deklarasi tanam kebencian rakyat terhadap pemimpin - Zambry
Menurutnya, tindakan bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan Najib jelas memaparkan sikap tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan serta menjejaskan kestabilan negara .
Mahdzir berkata isu berkenaan tidak seharusnya ditimbulkan ketika negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi dunia dan isu keselamatan awam kerana tanggungjawab sebenar adalah untuk mempertahankan kepentingan serta kesejahteraan rakyat.
BACA: Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat' desak Najib letak jawatan
BACA: Anwar umum sokongan terhadap Tun Mahathir
VIDEO: 4 tuntutan Deklarasi Rakyat dibaca Tun Mahathir
VIDEO: Sidang Media Khas 'Deklarasi Rakyat'
#Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid #Barisan Nasional (BN) #Tun Dr Mahathir Mohamad memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak
;