BMW X5 terbakar berhampiran stesen minyak MRR2
Bernama
Jun 24, 2017 19:12 MYT
Jun 24, 2017 19:12 MYT
Sebuah kereta jenis BMW X5 ditemukan sedang terbakar namun pemandunya tidak dapat dikesan di lokasi kejadian berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Kepong di sini petang ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Mohd Zaini Omar berkata bomba mengambil masa lima minit untuk memadamkan api.
"Apabila tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan kenderaan itu terbakar sepenuhnya namun tiada mangsa mahupun pemilik kenderaan ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Zaini berkata enam anggota dan sebuah jentera bomba terlibat dalam operasi pemadaman api setelah panggilan kecemasan diterima pada 3 petang. Punca kejadian masih disiasat.
-- BERNAMA