BKSS 5.0: Ini hadiah Abang Jo buat orang Sarawak!
Astro Awani
Januari 21, 2021 15:40 MYT
Januari 21, 2021 15:40 MYT
KUCHING: Sarawak hari ini mengumumkan lanjutan bantuan kepada rakyat negeri itu yang terkesan akibat COVID-19 dan bencana banjir.
Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 bernilai RM405 juta itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis.
Abang Johari turut memberitahu 11 langkah diambil kerajaan bagi membantu rakyat.
1. Diskaun bil elektrik lima hingga 25 peratus bil elektrik yang memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
2. Diskaun bil air 10 hingga 25 peratus yang memberi manfaat kepada 568,000 isi rumah di seluruh Sarawak bermula Januari hingga Jun 2021.
3. Diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).
4. Pengeculian bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.
5. Pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik badan-badan berkanun dan syarikat milik kerajaan negeri.
6. Diskaun 25 peratus diberikan kepada taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021.
7. Diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan perbadanan Pembangunan perumahan Sarawak (HDC) mulai Januari hingga Jun 2021.
8. Diskaun 30 peratus untuk pembayaran cukai tahan melibatkan kediaman, pusat komersial, industri, perladangan berskala besar dan kemudahan awam.
9. Pengecualian pembayaran lesen hotel secara sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021.
10. Penangguhan pembayaran premium tanah secara sekali bayar bagi tahun 2021 melibatkan tanah pertanian, kediaman, komersial dan industri serta institusi awam dan swasta.
11. Penangguhan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhanan (SPIKS) mulai Januari hingga Jun 2021.
#BKSS 5 0
#manfaat rakyat
#Bantu rakyat Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Bantuan Khas Sarawakku Sayang
#Sarawakku Sayang