Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang akan datang.
Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbincangan itu termasuk cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH).
"(Calon) Belum lagi diputuskan. Biro Politik akan bermesyuarat dan kita akan fikirkan.
"Memang dulunya Dr Stream calon di situ dan dia telah teraniaya kerana tidak dibenarkan masuk dan ini menyebabkan dia bawa ke mahkamah.
"Ini kita akan bincang bersama-sama sebab memang betul dia telah tidak dibenarkan pada masa itu, tapi kita akan fikirkan macam mana dan hendak letak siapa," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pads Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu akan membentangkan cadangan nama calon bagi PRK DUN Rantau pada mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijangka diadakan 9 Mac ini.
Jelasnya, PKR Negeri Sembilan dan cabang Rembau diberi peluang untuk mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan mencadangkan nama-nama tersebut kepada Biro Politik PKR.
Ujarnya, biro tersebut telah mengadakan mesyuarat Rabu lalu bagi membincangkan persiapan parti bagi menghadapi PRK berkenaan selepas mahkamah memutuskan PKR DUN itu perlu diadakan serta-merta.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Bagaimanapun, Mohamad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan timbalan presiden UMNO, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 18 Feb lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya itu.
Mohamad memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 28 April tahun lalu selepas calon Dr S. Streram tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana beliau tidak memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 04 2019
PKR Negeri Sembilan dan cabang Rembau diberi peluang untuk kenal pasti calon sesuai untuk Pilihan Raya Kecil Rantau. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PAU 2024: Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa hantar mesej yang baik - Mohamad
Pemimpin dan ahli UMNO perlu sentiasa menghantar mesej yang baik kepada orang Melayu dan mengelakkan daripada mengucapkan sesuatu yang hanya mampu mengundang kemarahan.
Kerajaan akan pastikan kebajikan warga ATM terpelihara - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan bahawa ATM telah menghantar pasukan pertama ke Turkiye bagi membantu usaha pencarian di sana.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Untuk menang PRU, BN tidak boleh ada ruang untuk 'opportunist', pedagang politik - Tok Mat
BN harus lebih berani membuka ruang, menyokong dan mengangkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip.
Pelaksanaan PRU15 dapat kurangkan 'iklim politik' berpanjangan - Mohamad Hasan
Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam tempoh enam bulan akan datang adalah masa terbaik adakan PRU15.
"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.
Pelantikan Kabinet tidak adil - Mohamad Hasan
Itu yang diluahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkenaan pelantikan Jemaah Kabinet baharu.
Saya sebagai 'midfielder' UMNO - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan dirinya sebagai pemain tengah atau midfield buat parti keramat orang melayu itu.
Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau
Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan majoriti 4,510 undi.
PRK Rantau: BN dahului undi pos, undi awal - Tidak rasmi
Calon BN mendahului calon PH melalui undi pos dan undi awal PRK Rantau berdasarkan kiraan tidak rasmi.