Bina kepercayaan, yakin dengan solusi yang datang dari komuniti – Think City

Irfan Faruqi
November 11, 2024 07:00 MYT
HAMDAN: Kita perlu mendengar dan memahami situasi setempat serta cabaran yang mereka hadapi; seterusnya, kita perlu cari penyelesaian bersama, kita tidak boleh bawa penyelesaian berdasarkan apa yang kita rasa sesuai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Membina kepercayaan dengan komuniti merupakan salah satu elemen penting dalam menyelesaikan isu-isu ketidakmampanan di bandar.

Ringkasan AI
  • Membina Kepercayaan dengan Komuniti: Kepercayaan antara pihak berwajib dan komuniti adalah kunci dalam menyelesaikan isu-isu ketidakmampanan di bandar. Penyelesaian Berdasarkan Kehendak Penduduk: Solusi yang dicadangkan haruslah berdasarkan kehendak dan situasi setempat, bukan semata-mata dari perspektif pihak berwajib. Tindakan Terhadap Perubahan Iklim: Pentingnya fokus pada tindakan menangani perubahan iklim di bandar, kerana bandar merupakan penyumbang besar kepada perubahan iklim global.

Pengarah Urusan Think City Datuk Hamdan Abdul Majeed berkata, pihak-pihak berwajib juga perlu yakin dengan solusi yang dicadangkan oleh komuniti berkenaan untuk menoktahkan isu-isu setempat.
"Kita perlu bina kepercayaan dengan komuniti yang kita jalankan kerjasama. Usaha itu bukan beri tumpuan kepada kehendak kita, sebaliknya lebih kepada kehendak penduduk.
“Kita perlu mendengar dan memahami situasi setempat serta cabaran yang mereka hadapi. Seterusnya, kita perlu cari penyelesaian bersama.
“Kita tidak boleh bawa penyelesaian berdasarkan apa yang kita rasa sesuai. Sebaliknya, jawapan itu ada pada mereka. Kita memberi fasiliti untuk membolehkan pembaharuan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI semalam.
Bina kepercayaan, yakin dengan solusi yang datang dari komuniti – Think City
World Urban Forum (WUF) edisi ke-12 yang dianjurkan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas, menandakan satu pencapaian penting usaha global untuk mencapai perbandaran mampan dan inklusif.
Forum yang berlangsung selama lima hari itu dihadiri lebih 24,000 peserta dari 182 negara, mengangkat tema “Semua bermula di rumah: Tindakan tempatan untuk bandar dan komuniti mampan.”
Di luar sidang WUF12, UN-Habitat melancarkan World Cities Report 2024, yang mana antara dapatan utamanya, menurut Hamdan, ialah kepentingan menumpukan tindakan bagi menangani perubahan iklim di bandar-bandar, memandangkan kawasan bandar merupakan antara penyumbang terbesar kepada perubahan iklim dunia.
Agenda AWANI: WUF12 | Cabaran Habitat Manusia di Bandar
#WUF12 #pembangunan mampan #perubahan iklim #komuniti
;