Bilik kawalan kuasa terbakar, pesakit terpaksa dipindahkan di Hospital Pakar KPJ Sabah

Ridzal Abdullah
Julai 11, 2016 11:56 MYT
Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai berlaku akibat litar pintas. - Gambar Astro AWANI
Sejumlah 28 pesakit di Hospital Pakar KPJ Sabah di sini dipindahkan serta merta kerana asap tebal akibat kebakaran yang berlaku pada pukul 5.30 pagi Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah melaporkan insiden itu membabitkan bilik kawalan kuasa yang terbakar hampir 90 peratus.
Bomba yang tiba sejurus menerima panggilan berdepan kesukaran memadam api akibat asap yang terlalu tebal.
Api berjaya dipadam sepenuhnya pukul 8.17 pagi.
Tiada kemalangan jiwa di laporkan dan pesakit di pindahkan ke lokasi selamat.
Bomba masih menyiasat punca kebakaran yang dipercayai berlaku akibat litar pintas.
#Hospital Pakar KPJ Sabah #kebakaran
;