Bilik darjah sebuah sekolah di Papar rosak akibat tanah runtuh

Abdul Hafiz Mustadi
Jun 26, 2022 19:07 MYT
Berdasarkan laporan yang diberikan, terdapat dinding sekolah itu rosak dipercayai susulan pergerakan tanah. - Ihsan JBPM Sabah
KOTA KINABALU: Bilik darjah sebuah sekolah rendah di Papar rosak teruk susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku ekoran hujan lebat pada Ahad.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.36 pagi daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Sabandil, Papar.
Berdasarkan laporan yang diberikan, terdapat dinding sekolah itu rosak dipercayai susulan pergerakan tanah.
"Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kematian dilaporkan dalam kejadian itu.
"Pasukan Bomba dan Penyelamat Papar bergegas ke lokasi kejadian selain mendapati bilik darjah rosak teruk," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah jurucakap itu, pasukan bomba berusaha memindahkan beberapa kelengkapan sekolah seperti meja dan kerusi ke lokasi yang selamat.
#tanah runtuh #sekolah rosak #dinding runtuh #Papar #Sabah
;