Bilangan pesakit COVID-19 serius berkurangan, ini 5 tumpuan kenyataan KKM

Hilmi Malik
Ogos 18, 2021 11:25 MYT
Dr Noor Hisham berkata, pesakit kategori 5 atau kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 207 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 10,635 kes baharu COVID-19 hari ini merupakan pesakit tanpa gejala atau kategori 1 yang bersamaan 47.8 peratus daripada keseluruhan kes.
Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. Sebanyak 207 kes daripada 22,242 kes baharu merupakan pesakit kategori 5 atau kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan.
2. Kes kematian baharu sebanyak 225 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 13,302 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 254,484 kes.
4. Seramai 1,060 pesakit masih dirawat di ICU, 540 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. Sebanyak 19,680 kes pulih baharu dengan jumlah keseluruhan 1,198,726 kes.
#KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes baharu #kes kematian