Bilangan kes baharu tertinggi, ini lima tumpuan sidang media COVID-19 hari ini

Astro Awani
Oktober 18, 2020 18:26 MYT
Lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham hari ini.
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 871 kes positif COVID-19 pada Ahad, jumlah kes tertinggi pernah direkodkan negara sejak virus itu mula dikesan pada Januari lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes di Malaysia juga kini sudah melepasi angka 20,000 dengan 20,498 kes direkodkan sehingga kini.
Berikut adalah lima perkara penting sidang media beliau hari ini:
1) Malaysia mencatatkan jumlah kes pulih tertinggi pada Ahad dengan 701 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 13,262 kes (64.7 peratus).
2) Terdapat 871 kes baharu yang dilaporkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini melebihi 20,000 kes.
3) Sabah masih mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi dengan 702 kes diikuti Selangor 72 kes dan Pulau Pinang 45 kes.
4) Terdapat tujuh kematian baharu yang direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 187 kes.
5) Terdapat empat kluster baharu yang dikenal pasti di Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #COVID-19 #kes positif #kes baru #kes tertinggi #871 kes #871 #jumlah tertinggi
;