"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib

Astro Awani
Januari 8, 2020 19:21 MYT
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, rakaman tersebut dipercayai merupakan rakaman perbualan telefon yang dibuat Dzulkifli (kiri) pada 5 Januari 2016 pada jam 11:56 malam.
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum Najib berbual dengan individu yang suaranya mirip Dzulkifli, dipercayai isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor terlebih dahulu menjawab panggilan tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata rakaman tersebut dipercayai merupakan rakaman perbualan telefon yang dibuat Dzulkifli pada 5 Januari 2016 pada jam 11:56 malam.
Dzulkifli yang pada masa itu merupakan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara mendedahkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
DZULKIFLI: Datuk seri.
ROSMAH: Ya ya.
DZULKIFLI: Maaf, ganggu Datuk Seri malam-malam ni.
ROSMAH: It’s okay it’s okay. Tengok golf jap.
DZULKIFLI: Tadi saya nak inform Datuk Seri, kertas siasatan tu kita terima.
ROSMAH: Ya.
DZULKIFLI: Kita dah terima benda tu untuk Datuk Seri.
ROSMAH: Ya.
DZULKIFLI: Saya nak update kat dia. It’s not very good.
ROSMAH: Macam mana? Macam mana?
DZULKIFLI: It’s not good la.
ROSMAH: Yang tiga orang, yang nama tu tadi eh?
DZULKIFLI: Tiga orang mana?
ROSMAH: Yang tiga orang nama, yang dia orang nak ni eh?
DZULKIFLI: Datuk punya, datuk. Datuk Seri punya nama.
ROSMAH: Datuk punya nama?
DZULKIFLI: Ya.
ROSMAH: Macam mana pulak?
DZULKIFLI: Itu yang saya nak maklumkan pada dia.
ROSMAH: Hang on hang on hang on.
(ROSMAH MENYERAHKAN TELEFON KEPADA NAJIB)
NAJIB: Hello?
DZULKIFLI: Hello, Datuk Seri. Assalamualaikum.
NAJIB: Wa’alaikum salam.
DZULKIFLI: AG dah terima kertas siasatan, semalam kita terima, cadangan itu is not very good lah, Datuk Seri. Not very good
NAJIB: Macam mana pulak, dia orang kata lain.
DZULKIFLI: (ketawa kecil) IP (kertas siasatan) ada dengan saya.
NAJIB: Macam nak libatkan saya pulak?
DZULKIFLI: (ketawa kecil) Bila saya tengok benda tu rasa macam nak menangis, Datuk.
NAJIB: Saya tak terlibat langsung.
DZULKIFLI: Masya-Allah, itu saya tak tahulah, Datuk Seri. It’s very clear dalam tu, Datuk Seri, dalam IP. Saya diarahkan oleh Peguam Negara (Mohamed Apandi Ali) untuk bantu dia.
NAJIB: Macam mana Abu Kassim kata lain, cakap lain buat lain?
DZULKIFLI: Masya-Allah, Datuk Seri dimaklumkan macam mana?
NAJIB: Saya dimaklumkan tak ada apa.
DZULKIFLI: Ya Allah… Itu yang saya hubungi (audio tidak jelas) tadi untuk dapat jumpa dengan Datuk Seri. Bila saya tengok, saya macam nak menangis… sanggup sampai ke tahap itu.
NAJIB: Benda itu karang kalau terkeluar susah pula kita?
DZULKIFLI: Ya, ya… itu yang saya takutkan. Itu yang saya nak update dengan Datuk Seri.
NAJIB: Saya jumpa AG (Peguam Negara ketika itu Mohamed Apandi Ali) hari Khamis ini.
DZULKIFLI: Aa'ah, okay lah. Mungkin dia akan update Datuk Seri. Tadi pun saya dah ambil IP semua bawa turun masuk ke tempat saya.
Tapi yang itu tak apa, itu tak ada masalah. Saya dan Tan Sri AG tak ada masalah Datuk Seri, kita bersependapat. Tak ada masalah. Cuma nak updatekan Datuk Seri, apa sebenarnya cadangan yang dicadangkan oleh MACC sendiri, Datuk Seri.
NAJIB: Itu yang tak kena tu, kalau dia cadang dan kalau benda itu terkeluar, nanti jadi tak sedap.
DZULKIFLI: Betul. Itu yang kita risau sangat-sangat. Itu yang saya rasa Datuk Seri kena tahu perkara tersebut.
Dari segi legal side, kita boleh uruskan. Tan Sri Apandi boleh handle, saya boleh uruskan. Itu tak jadi isu, Datuk Seri. Tapi selain daripada legal itu… saya pun tak sangka to the extend, seriusnya benda itu.
NAJIB: Macam mana jadi lain macam ini?
DUZKIFLI: Wallahua’lam, Datuk Seri. Kadang saya rasa, Datuk Seri, minta maaf Datuk Seri, ini memang dah kena main.
NAJIB: Takkan kena main macam ini?
DZULKIFLI: Datuk Seri nak tunggu Tan Sri Apandi hari Khamis boleh, tak ada masalah.
NAJIB: Apandi dah tengok dah?
DULKIFLI: Apandi… dia tengok sekali lalu macam itu saja, semalam. Part yang, that part sahaja.
NAJIB: Dia pun terkejut?
DZULKIFLI: Dia pun terkejut… terkejut. Dan semalam, dia pun not very happy. Dia pun tengah fikir nak buat macam mana buat. Tak ada isu, legal kita boleh support tapi macam Datuk Seri cakaplah, seolah-olah keputusan Gani (Abdul Gani Patail, bekas Peguam Negara) betul dulu.
Saya pun ada benda lain juga. Tadi pun pihak polis datang jumpa saya berkenaan 1MDB punya isu. IO (pegawai penyiasat) 1MDB jumpa saya dan briefkan saya tentang kes tersebut. Saya kata 1MDB tak ada isu dah sekarang dan polis pun okay dengan saya.
Dia maklumkan peristiwa-peristiwa sebelum ini, apa yang berlaku. Bila saya dengar itu saya pun terkejut, Datuk Seri.
Rupanya, bukan.. it is not only Gani Patail seorang, Datuk Seri. Dia sendiri pun dengar perkara tersebut.
Kalau Datuk Seri hendak saya boleh bawa dia datang jumpa sekali dengan Datuk Seri. Dengar terus. He was present at the meeting
Bila Datuk Seri dengar itu, konsistenlah dengan keputusan sekarang ni, Datuk Seri. (audio tidak jelas)
NAJIB: (Audio tidak jelas) … dia akan keluar… bocor?
DZULKIFLI: Itu yang kita tak (audio tidak jelas). Banyak benda yang kita nak explain kat Datuk Seri.
Dalam kes ni jadi pelik ialah kalau Datuk Seri tengok kepada press release yang dikeluarkan baru baru ini, dia menyatakan bahawa kertas siasatan itu dibentangkan dalam panel khas .. yang dianggotai lima orang tu.
Kenapa pula adakan panel khas sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara? Jadi (audio tidak jelas) diwakili oleh lima orang panel khas, pakar-pakar. Jadi seolah-olah nak tubuhkan panel khas itu juga telah dipersetuju dengan MACC.
Dan yang peliknya, hanya kes itu satu je, dia ada dua kes, Datuk Seri. Yang kes yang satu sahaja yang dibentangkan khas tetapi yang lain tidak dibentangkan panel khas?
NAJIB: Jadi betul-betul nak mengena la ni?
DZULKIFLI: Nampak-nampaknya macam itu Datuk Seri.
NAJIB: Ya la kalau keadaan memang (audio tidak jelas), susah bagi kita.
DZULKIFLI: This is very bad. Very bad, very bad, very bad. Kita tengok Datuk Sri, saya tengok macam nak nangis, Datuk Seri. They can come with this (audio tidak jelas) macam ini, Datuk.
NAJIB: (Audio tidak jelas)
DZULKIFLI: Kita boleh handle, Datuk Seri. Masalahnya, bila Tan Sri Apandi buat keputusan dia… (audio tidak jelas) … lepas ni kita tahu (audio tidak jelas) dia akan bocor.
Yang (audio tidak jelas), kami tahu. Panel khas lima orang, IO punya profile lagi berapa orang. More than 10, more than 15. Kita mau cover macam mana, Datuk Seri?
This is amat memeranjatkan juga.
NAJIB: (mengeluh) (audio tidak jelas) nak bagi gula-gula ke?
DZULKIFLI: Ya, because Datuk Seri, apa yang saya maklumkan tadi, IO (audio tidak jelas) juga memaklumkan bahawa satu pertemuan di rumah Tan Sri Gani IO juga ada di sana.
Abu Kassim bagitau pada AG iaitu Tan Sri buat keputusan untuk tuduh sahajalah. Tan Sri pun nak bersara. (audio tidak jelas).
We will (audio tidak jelas) many people after this. Itu perkataan yang digunakan oleh Tan Sri Abu Kassim kepada (audio tidak jelas). (audio tidak jelas) dia akan dipecat.
Kalau Datuk Seri tengok it is not all these while to be siapa yang kita nyatakan bahawa yang ini yang jahat.
Memang la (audio tidak jelas) macam tu. Tapi how come benda tu sampai keluar (audio tidak jelas) Abu Kassim ?
Seolah-olah investigate dia kata. Yang sekarang ini, saya tengok Abu Kassim dah boleh settle (audio tidak jelas). They are not involved with this decision.
Yang pelik tu tak tahu nak sedar which is, Datuk Seri….
#Abdul Gani Patail #Dzulkifli Ahmad #Latheefa Koya #Mohamed Apandi Ali #Najib Razak #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;