"Bikin malu orang Sulu"

Hakim Rahman
Mac 5, 2013 10:33 MYT
Warga Malaysia berbangsa Suluk yang menetap di Sabah kesal dengan tindakan kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang menceroboh dan mengganas di negara ini.
Tegas mereka, tindakan itu satu perbuatan yang memalukan.
Meskipun ada pertalian saudara dengan bangsa Suluk di Selatan Filipina, warga Malaysia itu yang ditemui oleh Astro Awani meminta kesetiaan mereka kepada negara ini jangan dipersoalkan.
LIHAT VIDEO
Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal yang ditemui di IPOH menasihati masyarakat Suluk yang ada di Sabah supaya tidak terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan.
Beliau pada masa sama meminta penduduk kampung agar sentiasa berjaga-jaga dan bekerjasama membantu keselamatan kampung mereka daripada dicerobohi anasir asing.
#Filipina #Lahad Datu #Sabah #Sulu