Bidang automotif fokus utama menjelang 2020

Astro Awani
Mac 31, 2013 09:20 MYT
Malaysia berpotensi untuk menjadi pusat pengembangan automotif bagi rantau Asia. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu didorong dasar-dasar yang diperkenalkan Malaysia menepati keperluan dalam industri tersebut.
Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 30,000 kekosongan jawatan juruteknik mahir dan separa mahir perlu diisi dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 180,000 menjelang tahun 2020.
Program Institut Automotif Malaysia (MIA) dengan Instutut Latihan Perindustrian (ILP) dan Polimas memberi ruang untuk golongan muda mendapatkan kemahiran.
Mereka kemudiannya boleh diserap untuk mengisi kekosongan tersebut akan membantu negara mengatasi masalah tenaga mahir dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Sementara itu, beliau berkata walaupun berdepan saingan sengit daripada negara jiran, kerajaan mempunyai pendekatan terbaik bagi menarik minat pelabur-pelabur asing.
Beliau sebelum itu hadir di majlis penyerahan surat perjanjian kolaborasi antara MIA dan ILP di Jerlun.
#Datuk Mukhriz Tun Mahathir #Institut Automotif Malaysia #Institut Latihan Perindustrian #polimas
;